QAISARA HANA,FLY!

Wednesday, November 9, 2011

EXAM FEVER PART 3






Seminggu berlalu sudah dan Qaisara Hana masih terus tekun mengulangkaji pelajarannya. Dia mahu pencapaian akademiknya cemerlang dan sentiasa konsisten agar dia tidak akan mengalami kesukaran sewaktu menduduki SPM kelak.

Walaupun demikian, mindanya masih enggan mengusir kehadiran Akif Rayyan. Entah kenapa, hatinya sendiri tidak mahu bekerjasama. Yang pasti, kedinginan dan keegoan Akif Rayyan membuatkan ketenangannya terusik. Pengalaman silam segera mengetuk memori. Sesungguhnya, dia lebih senang dengan sikap yang sebegitu berbanding sikap segelintir bekas rakan-rakan sekolahnya khususnya lelaki yang acap kali melukakan hatinya.

Dari zaman sekolah rendah, Qaisara Hana memang tidak rapat dengan rakan lelaki sebayanya. Mungkin ketika itu dia terlalu nerd hingga berasa malu untuk bergaul dengan mereka. Pernah satu ketika, rakan sekelasnya Ashraf sedang bermain basikal ketika mereka sedang berehat dari berlatih nasyid. Kemudian, Hani meminta untuk meminjam sekejap basikal mamat tu dan dia hanya memulangkannya setelah puas bermain. Qaisara Hana memberanikan diri untuk meminjam basikal yang terlalu ingin dicuba olehnya. Tidak sampai 3 minit dia menggunakannya, dengan muka yang tidak senang Ashraf meminta kembali basikal tersebut. Merah muka Qaisara Hana. Dia berasa segan diperlakukan sebegitu.

Qaisara Hana melepaskan nafasnya dengan berat. Sudahlah tidak bergaul dengan lelaki, hubungannya dengan beberapa rakan sekelasnya juga tidak berapa elok. Mereka amat benci dan sakit hati dengan kehadiran Qaisara Hana. Namun apabila Qaisara Hana membelek kembali album-album lamanya ketika di zaman sekolah rendah, dia menyedari sememangnya dia patut dibenci. Dia tidak secantik mereka, dan mungkin dia hanya the ugly duckling.

Dan dia masih ingat lagi,

“ Hana, be careful. Tadi aku terdengar Aqira and the gang nak masukkan cicak dan lipas dalam beg kau. Baik kau jaga-jaga.” Sharon mendekati Qaisara Hana dan berpesan sesuatu yang amat mengejutkannya.

“Erk, ye ke? Anyway thanks Sharon!” Balas Qaisara Hana sebelum mencapai begnya dan memeriksa sekiranya benar apa yang dikatakan oleh Sharon. Dia berhenti dan menarik nafas lega kerana dia tidak menemui barang seekor pun lipas mahupun cicak di dalam begnya.

“Baiklah pelajar, hari ni seperti yang kamu sedia tahu, cikgu akan adakan ujian Matematik. Keluarkan alat tulis kamu dan tinggalkan beg kamu di belakang kelas. Ujian akan bermula dalam masa 5 minit lagi.

Sebaik kertas diedarkan, Qaisara Hana membaca doa dan ketika itu dia ternampuk renugan tajam dan senyuman sinis milik Aqira.

“Heh, bacalah doa banyak-banyak sebab lepas ni kau tahulah nasib kau.” Desis Aqira sebelum kembali menghadap kertas matematiknya.

Apabila cikgu Fira memberitahu bahawa mereka sudah boleh bermula, Qaisara Hana membuka beg penselnya perlahan-lahan. Makk!! Dia hampir menjerit namun sempat dia menekup mulutnya. Mujurlah! Dia tidak menyangka dengan apa yang ditemuinya. Seekor lipas dan cicak hidup di dalam beg penselnya! Dia cepat-cepat menutup beg pensel itu kembali setelah menarik keluar pemadam dan pensel dengan berhati-hati. Sepanjang ujian itu berlangsung, Qaisara Hana menahan air matanya yang berlumba-lumba mahu memecahkan empangan tubir matanya.

Cepatlah ujian ni habis, cepatlah!
Sebaik sahaja, kertasnya dikutip dan cikgu melepaskan mereka untuk waktu rehat, Qasiara Hana memecut laju meninggalkan kelas dan musuh-musuhnya yang sedang terbahak-bahak mentertawakannya sambil membawa beg pensel merahnya itu. Ke mana? Pastilah ke tempat dia selalu menangisi nasibnya iaitu Taman Sains yang terletak di belakang sekolah.

Wuu, kenapa diorang buat Hana macam ni? Kenapa? Apa salah Hana kat diorang?

Dia memeluk lututnya dan menangis teresak-esak bagaikan tiada hari esok untuknya menangis. Dan ketika itulah bahunya dicuit seseorang.

“Qa-ish?” 

Trick or Treat

My Heart Tells This

Peeps

hak cipta CERITERA QAISARA HANA adalah hak milik myrara♥heart♀