QAISARA HANA,FLY!

Wednesday, November 9, 2011

EXAM FEVER PART 3






Seminggu berlalu sudah dan Qaisara Hana masih terus tekun mengulangkaji pelajarannya. Dia mahu pencapaian akademiknya cemerlang dan sentiasa konsisten agar dia tidak akan mengalami kesukaran sewaktu menduduki SPM kelak.

Walaupun demikian, mindanya masih enggan mengusir kehadiran Akif Rayyan. Entah kenapa, hatinya sendiri tidak mahu bekerjasama. Yang pasti, kedinginan dan keegoan Akif Rayyan membuatkan ketenangannya terusik. Pengalaman silam segera mengetuk memori. Sesungguhnya, dia lebih senang dengan sikap yang sebegitu berbanding sikap segelintir bekas rakan-rakan sekolahnya khususnya lelaki yang acap kali melukakan hatinya.

Dari zaman sekolah rendah, Qaisara Hana memang tidak rapat dengan rakan lelaki sebayanya. Mungkin ketika itu dia terlalu nerd hingga berasa malu untuk bergaul dengan mereka. Pernah satu ketika, rakan sekelasnya Ashraf sedang bermain basikal ketika mereka sedang berehat dari berlatih nasyid. Kemudian, Hani meminta untuk meminjam sekejap basikal mamat tu dan dia hanya memulangkannya setelah puas bermain. Qaisara Hana memberanikan diri untuk meminjam basikal yang terlalu ingin dicuba olehnya. Tidak sampai 3 minit dia menggunakannya, dengan muka yang tidak senang Ashraf meminta kembali basikal tersebut. Merah muka Qaisara Hana. Dia berasa segan diperlakukan sebegitu.

Qaisara Hana melepaskan nafasnya dengan berat. Sudahlah tidak bergaul dengan lelaki, hubungannya dengan beberapa rakan sekelasnya juga tidak berapa elok. Mereka amat benci dan sakit hati dengan kehadiran Qaisara Hana. Namun apabila Qaisara Hana membelek kembali album-album lamanya ketika di zaman sekolah rendah, dia menyedari sememangnya dia patut dibenci. Dia tidak secantik mereka, dan mungkin dia hanya the ugly duckling.

Dan dia masih ingat lagi,

“ Hana, be careful. Tadi aku terdengar Aqira and the gang nak masukkan cicak dan lipas dalam beg kau. Baik kau jaga-jaga.” Sharon mendekati Qaisara Hana dan berpesan sesuatu yang amat mengejutkannya.

“Erk, ye ke? Anyway thanks Sharon!” Balas Qaisara Hana sebelum mencapai begnya dan memeriksa sekiranya benar apa yang dikatakan oleh Sharon. Dia berhenti dan menarik nafas lega kerana dia tidak menemui barang seekor pun lipas mahupun cicak di dalam begnya.

“Baiklah pelajar, hari ni seperti yang kamu sedia tahu, cikgu akan adakan ujian Matematik. Keluarkan alat tulis kamu dan tinggalkan beg kamu di belakang kelas. Ujian akan bermula dalam masa 5 minit lagi.

Sebaik kertas diedarkan, Qaisara Hana membaca doa dan ketika itu dia ternampuk renugan tajam dan senyuman sinis milik Aqira.

“Heh, bacalah doa banyak-banyak sebab lepas ni kau tahulah nasib kau.” Desis Aqira sebelum kembali menghadap kertas matematiknya.

Apabila cikgu Fira memberitahu bahawa mereka sudah boleh bermula, Qaisara Hana membuka beg penselnya perlahan-lahan. Makk!! Dia hampir menjerit namun sempat dia menekup mulutnya. Mujurlah! Dia tidak menyangka dengan apa yang ditemuinya. Seekor lipas dan cicak hidup di dalam beg penselnya! Dia cepat-cepat menutup beg pensel itu kembali setelah menarik keluar pemadam dan pensel dengan berhati-hati. Sepanjang ujian itu berlangsung, Qaisara Hana menahan air matanya yang berlumba-lumba mahu memecahkan empangan tubir matanya.

Cepatlah ujian ni habis, cepatlah!
Sebaik sahaja, kertasnya dikutip dan cikgu melepaskan mereka untuk waktu rehat, Qasiara Hana memecut laju meninggalkan kelas dan musuh-musuhnya yang sedang terbahak-bahak mentertawakannya sambil membawa beg pensel merahnya itu. Ke mana? Pastilah ke tempat dia selalu menangisi nasibnya iaitu Taman Sains yang terletak di belakang sekolah.

Wuu, kenapa diorang buat Hana macam ni? Kenapa? Apa salah Hana kat diorang?

Dia memeluk lututnya dan menangis teresak-esak bagaikan tiada hari esok untuknya menangis. Dan ketika itulah bahunya dicuit seseorang.

“Qa-ish?” 

Thursday, April 28, 2011

...sambungan EXAM FEVER (PART 2)





Ketika kelas prep berlangsung pada malam itu, Qaisara Hana sukar menumpukan perhatian kepada bacaannya. Mindanya acapkali mengulang tayang pertemuan antara dirinya dan Akif Rayyan tengah hari tadi. Spontan dia menggelengkan kepalanya tanda ingin mengusir ingatan tersebut jauh dari fikirannya namun tidak berhasil.

Fikirannya kembali melayang kepada perbualannya dan beberapa orang sahabatnya ketika dia berada di menengah rendah dahulu.

“Ara, lelaki macam mana taste kau eh?” Luna tiba-tiba bertanya, menyebabkan rahang Qaisara Hana, Myara dan Arissa jatuh.

Serentak keempat-empat sahabat itu tergelak.

“Beb, apasal tiba-tiba tanya Ara soalan luar sillibus ni? Out of nowhere lak tu,” respon Arissa.

Luna mengangkat bahu sambil berkata, “Random. Just wondering,” balas Luna , ignorant.

“Oh ya, we have kinda a funny conversation here. Haha. Kelakar la kau ni Luna. Okay, okay. I won’t evade the question. Lelaki yang Myara suka cukuplah dia tu seorang yang gentleman and neither ignorant nor arrogant.  I think I can live with this type of guy.” Terang Myara ringkas.

“That’s all?” serentak ketiga-tiga mereka bertanya.

“Yes,”

“Rotate. Next.”

“It should be you Luna!” Qaisara Hana menjerit kecil.

“Ok fine, aku suka lelaki yang romantik, pandai main gitar, sangat aktif in sports, all-rounded, educated , ada manners and sekepala la dengan aku. Okay, that’s enough.” Senarai Luna sambil tersenyum, mungkin membayangkan lelaki idamannya.

“So, Rissa?”

“Hurm, dalam kepala aq dia ialah seorang doctor paediatrician, so dia boleh mix well dgn kanak-kanak so easily. Suka kucing like me do, lagi tinggi dari aku so bila dia peluk aku, kepala aku akan terletak kat dada dia, gentleman and oh! Not to forget mestilah sedap mata memandang J,” ulas Arissa sambil matanya dikebilkan beberapa kali.

“Euwww!” serentak, respon Qaisara Hana, Myara dan Luna.

“Qa-ish?”

“Err, guys. Aku chow dulu! Byebye!” Qaisara Hana membuat mock sign sebelum membuka langkah seribu meninggalkan rakan-rakannya di belakang.

“QA-ISH!!!!!!!!”


                                                                                ***

“Ha, kantoi termenung! Ingat apa ha?” Qaisara Hana tersentak apabila dikejutkan dengan suara seseorang. Berterabur mencicit-cicit memorinya lari meninggalkannya yang terpinga-pinga kehairanan. Hairan? Kenapa hairan?

“Hei Akid! Terkejut boleh tak? Kau buat apa kat sini? Ni kan kelas aku?”
“Wo, wo  relax der. Aku jumpa Alex tadi, nak pinjam nota dia then aku ternampak kau sorang-sorang kat sini. Termenung pulak tu. Ingat marka ey?”

“Marka otak awak. Teringat kat Luna,Arissa and Myara lah. Rindu pulak kat depa.” Qaisara Hana menongkat dagu memandang ke luar tingkap, ke langit yang disaluti kegelapan malam.

Rindu dorang je? Aku kau tak rindu ke? Aduhaii, cantiknya si Qa-ish ni kalau dipandang dari tepi. Qa-ish! Pandanglah sini adinda oi.

“Oh mak adinda!” tiba-tiba Akid Zafran melatah dek kerana terkejut.

“Adinda? Apakah??” tanya Qaisara Hana kehairanan.

Alemak, ter ‘melatah’ pulak aku depan si Qa-ish ni.  Tak guna kau Akif Rayyan!.

Akif Rayyan! Mata Qaisara Hana terpaku memandang Akif Rayyan yang berada di belakang Akid Zafran.

“Erk, sorry Qa-ish. Buat kau terkejut je bila aku melatah tadi. Dulu aku suka usik Ayie sebab dia suka melatah, last-last melekat pulak kat aku,”

Mata Qaisara Hana beralih kepada Akid Zafran, riak wajahnya kelihatan blurr seketika. Beberapa saat kemudian, terdengar suara halusnya ketawa.

“Aha, lawakla kau ni. Aku pun tak melatah tau.” Balas Qaisara Hana sambil masih ketawa kecil. Alahai, poyonya kau Qa-ish, bajet-control-ayu-sopan siaa.

Smiling eyes! Kali ini giliran Akif Rayyan pula jadi freeze. Pertama kali dia melihat gadis itu senyum dan ketawa. Apabila dia tersenyum, mata gadis itu ibarat turut senyum sekali dan bola matanya bersinar. Akif Rayyan! Snap it! Kang kantoi tenung anak dara orang!

“Hehe, maaf. Oh ya, ni sepupu aku Akif Rayyan. Dulu dia sekolah EC and SDJ, so he’s one of the most top player in the school.  Meet ya, Akif Qa-ish, Qa-ish Akif.”

Mencerlung mata Akif Rayyan memandang sepupunya. Tak guna, dia kenakan aku balik!

Qaisara Hana menahan muka selamba dan menampal senyum terlebih madu kepada Akif Rayyan. “Hi!” tangannya diangkat tanda salam perkenalan.

“Hi,” balas Akif Rayyan dingin. Dia menarik lengan Akid Zafran lalu beredar dari kelas 4 Alpha.

“Oi, dah dah lah tu. Apa main tarik-tarik ni? Ingat ni cerita korea ke?”

Korea? Hati Akif Rayyan terdetik. Ah, Qaisara Hana lagi!

“Mana nota nya? Berjanggut aku tunggu kau dalam kelas dork!”

“Dork?? Tak guna punya sepupu! Nah bukunya, kacau betul aku nak jual minyak kat Qa-ish tu tau. Yang kau tepuk bahu aku sekuat-kuatnya depan Qa-ish tu kenapa? Kau tau kan aku ni auto-latah?” jeling Akid Zafran.

Ala kid, sorry lah. Aku tak nampak kau tengah berborak dengan siapa. Aku main terjah je lah tepuk bahu kau. Lupa pulak aku kau berchenta dengan Qa-ish. Hehe. Aku lagi kesian tau, lama gila tunggu nota ta turun2 dari langit. So  sorry and thanks btw,”

“Sorry naik lori lah!” guraunya.

Sunday, April 10, 2011

EXAM FEVER(PART 2)

       
Qaisara Hana sedang enak menikmati hidangan makan tengah hari nya apabila Ainul Mardhiah tiba dengan nafas yang tercungap-cungap.

“Qa-ish, da pukul 1.50 ny. Jom!”  Ainul Mardhiah menarik tangan Qaisara Hana.

“Eh, eh. Nak pergi mana ni?”

Ala, ikut aje la.”

“Weh, lapar gile dowh. Bagi la aku habiskan dulu makanan aku ni,” Qaisara Hana membeliakkan matanya melihat sahabatnya itu.

Spontan, Ainul Mardhiah mengambil sudu di tangan Qaisara dan menyuap nasi tersebut ke dalam mulut Qaisara lalu bingkas menarik tangan Qaisara serta berlari pergi.

Beberapa minit kemudian, mereka tiba di blok Ar-Razi iaitu blok kelas mereka.

“Inul, wat pe pegi kelas balik ni? Apa yang urgent sangat? Lapar tau.” Qaisara Hana merengek tanda tidak puas hati.

“Urm, aku yakin, apa yang aku akan tunjuk ni bakal buat kau kenyang tak pasal-pasal. Haa, amacam?”

“Bo? Apa dia?” anak mata Qaisara Hana membesar tanda ingin tahu.

“Adeh, tak habis-habis dengan Korea dia. Urm, kau nak tau tak siapa yang selamatkan kau masa hari tu? Yang kau terlantar kat sick bay tu?”

“Cikgu Azlin?”

“TETT! Salah, lau kau nak tau kau kena tutup mata kau dulu.”

“Apa ni Dhiya? Macam budak-budak je kau ni tau, nak kena tutup-tutup mata pulak. Tak nak la. Ala, tunjuk je la mana orangnya, aku nak cakap terima kasih kat dia.” Ujar Qaisara Hana sambil cuba menjengukkan kepalanya di celah-celah tembok.

“Eh, tak boleh. Hari tu kau kerek kan kat aku kata tak de manusia yang handsome tapi baik hati kat dunia ni. Sekarang kau tutup je mata tu,” balas Ainul Mardhiyah sambil menolak rakannya itu ke tepi sedikit.

Sepantas kilat, langkah Akif Rayyan yang baru keluar dari kelasnya 4 Beta terhenti hampir 2 langkah di hadapan seorang gadis yang dikenalinya.

Qaisara Hana! Detik hatinya. Tapi, kenapa dia pejamkan mata dia?

“Ok, Qa-ish kau boleh bukak mata kau sekarang. Tiba-tiba Akif Rayyan mendengar suara seorang lagi gadis di sebelahnya.

“Mak!” Qaisara Hana terjerit kecil, terkejut kerana melihat wajah seorang lelaki yang tidak dikenali serapat itu apabila matanya dibuka. Di luar kawalannya, Qaisara Hana hampir terjatuh dek kerana terlalu terkejut namun sempat dipaut Akif Rayyan. Apabila Qaisara Hana sudah kembali berdiri dengan stabil, secepatnya dia melepaskan tangannya kerana enggan dikatakan mengambil kesempatan terhadap gadis tersebut.

“Err, hai. Saya Qaisara Hana, Saya baru je dapat tau awak yang tolong saya hari tu masa saya pengsan kat belakang dewan makan. Saya nak cakap kamsahamnida!”

“Qa-ish!” Ainul Mardhiyah memanggil dengan nada berbisik.

“Apa?”

“Terima kasih lah!”

“Erk, alemak! Sorry2. Maksud saya terima kasih!” ucap Qaisara Hana sambil tertunduk malu kerana terlepas mengucapkan terima kasih dalam bahasa Korea. Aduh, ni lah bahananya asyik mengaplikasikan bahasa tu dalam ucapan seharian. Dia merasakan mukanya sudah terbakar macam tomato girl.

Akif Rayyan tersentak dan terpaku melihat gadis tersebut sehingga dia menjadi speechless seketika. Entah kenapa, bukan keramahan yang dia tunjukkan apabila dia membuka mulut  namun sebaliknya. Mungkin kerana hatinya digigit cemburu apabila teringat kembali pengakuan jujur sepupunya beberapa hari lepas.

“Oh, ok. Aku Akif Rayyan. Hal kecik je. Lain kali jangan menyusahkan orang lain. Aku blah dulu, chow,” dingin suara yang keluar dari mulutnya. Dia melangkah tenang meninggalkan kedua-dua sahabat itu tanpa menoleh ke belakang lagi seolah-olah tidak mengendahkan langsung ucapan terima kasih dari Qaisara Hana.

Rahang Ainul Mardhiyah jatuh. Dia langsung tidak menyangka lelaki yang membantu rakannya itu adalah  sesombong itu. Dia mengigit bibir kegeraman. Dia memandang sekilas Qaisara Hana yang terdiam membatu.

“Qa-ish, kau ok ke?”

“Tak pernah…”

“Tak pernah apa?” dahi Ainul Mardhiyah berkerut kehairanan.

“Tak pernah aku jumpa,”

“Tak pernah aku jumpa lelaki yang cool macam tu! Awesome!”

“Mak ai, taste apa kau ni Qa-ish?” Ainul Mardhiyah menggeleng-geleng kehairanan namun dia berasa lega rakannya tidak ambil hati dengan sikap yang ditunjukkan Akif Rayyan.

EXAM FEVER(PART 1)


Suasana 4 Alpha agak hingar-bingar kerana ketiadaan Cik Baizura yang sepatutnya masuk mengajar kelas berkenaan mata pelajaran Sejarah.

"Qa-ish, psst. Qa-ish!" Ainul Mardhiyah memanggil gadis yang sedang tekun membaca itu.

"Yes, bidadari syurgaku. Kau nak apa?" tanya Qaisara Hana sejurus kepalanya dipanggungkan memandang gadis itu.

"Haiss, tolong aku boleh tak?" mata Ainul Mardhiyah bersinar mengharapkan Qaisara Hana setuju menolongnya.

"Tolong apa?"

"Hehe, balik sekolah nanti temankan aku pergi satu tempat ni. Boleh tak?" sekali lagi dia mengerdip-ngerdipkan matanya.

"Eh, Inul. Kau tak payah nak buat muka comel tu. Penting sangat ke?" Qaisara Hana menutup buku Sejarah dan berpaling ke arah Ainul Mardhiyah.

"Eei, apa Inul, Inul ni? Tak kuasa mak. Hee,ada lah, kau temankan aje. "

 Qaisara Hana tergelak melihat reaksi rakannya itu. Dia berpura-pura berfikir sejenak membuatkan Ainul Mardhiyah mencubit lengan rakannya kegeraman.

"Ok, ok. Kau ni, kalau bab mencubit kalah ketam tau. Haa, ye lah. Aku setuju."

"Saa.." 

Tidak sempat Ainul Mardhiyah menghabiskan ayatnya, Encik Zamani, Guru Penolong Kanan HEM mereka menapak masuk ke kelas dalam keadaan tenang. Seisi kelas 4 Alpha bangun memberi salam kepada guru mereka.

"Baiklah, awak semua boleh duduk. Herm, hari ni cik Baizura tak dapat  masuk ke kelas kerana beliau ada sedikit masalah peribadi. Sebenarnya, saya ingin mengumumkan suatu pengumuman yang penting yang sepatutnya diumumkan oleh cikgu Baizura. 2 minggu dari sekarang kalian semua akan menduduki ujian bulanan 1,"

Sebaik sahaja cikgu Zamani mengumumkan berita mengenai ujian tersebut, terdengar suara-suara berbisik antara satu sama lain.

"Dan, perkara yang ingin saya tegaskan di sini, prestasi anda semua akan dinilai. Pelajar-pelajar yang berjaya melepasi tahap-tahap yang kami tetapkan, akan berpeluang masuk ke kelas khas pada sebelah petang. Untuk makluman para pelajar juga, kami akan melancarkan budaya mentor-mentee di mana pelajar-pelajar kelas khas ini akan kami polish habis-habisan untuk mendekati pelajar-pelajar yang lemah dalam sesuatu mata pelajaran. Ini kerana kami para guru percaya, rakan sebaya adalah medium terbaik untuk membantu meningkatkan kefahaman seseorang pelajar yang lain." ulas cikgu Zamani dengan panjang lebarnya.

"Cikgu, boleh saya bertanya sedikit?" tiba-tiba Qaisara Hana mengangkat tangan dan bertanya dengan sopan menyebabkan seisi kelas memandang ke arahnya.

"Ya,"

"Adakah bermakna kami akan berubah kelas?"

"Tidak, seperti mana yang saya beritahu tadi, kelas khas ini hanya berlangsung pada sebelah petang.Selain itu, sistem sekolah ini menetapkan untuk mewujudkan keseimbangan setiap kelas mempunyai setiap tahap berbeza iaitu tinggi, sederhana, rendah. Matlamat kami, apabila anda semua menjejaki tingkatan 5, hanya wujud 2 tahap sahaja iaitu tinggi dan sederhana. Faham kelas?"

"Faham cikgu,"

"Pihak sekolah tidak mahu anda semua jadi terlalu relaks setelah mendapat keputusan yang cemerlang pada PMR yang lepas malah kami berhasrat mahu meniup semangat kalian untuk terus belajar secara 'Study Smart' agar anda tidak terlalu tertekan. Tambahan lagi, kami akan mengiatkan pelbagai aktiviti inter-school dan aneka lagi aktiviti kokurikulum agar anda berasa seronok untuk terus belajar secara seimbang."

Cikgu Zamani tersenyum melihat reaksi gembira para pelajar setelah melihat reaksi positif pelajar-pelajar kelas 4 Alpha.

"Baiklah, ada apa-apa pertanyaan?"

"Tak ada cikgu,"

"Bagus, oh ya. pihak sekolah juga ada sediakan kotak cadangan di hadapan pejabat sekolah dan bangunan akademik. Kami mengalu-alukan cadangan-cadangan bernas dari anda untuk program kita seterusnya. Okay kelas, bangun semua,"

4 Alpha memberi salam dan kemudian duduk di tempat masing-masing. Kelas berkenaan menjadi gempar seketika apabila masing-masing membincangkan berita yang disampaikan oleh PK HEM mereka sebentar tadi.

"Qa-ish! Jangan lupa tau petang ni," sempat Ainul Mardhiyah mengingatkan Qaisara Hana sebelum kembali ke tempat duduknya.

Trick or Treat

My Heart Tells This

Peeps

hak cipta CERITERA QAISARA HANA adalah hak milik myrara♥heart♀