QAISARA HANA,FLY!

Sunday, April 10, 2011

EXAM FEVER(PART 1)


Suasana 4 Alpha agak hingar-bingar kerana ketiadaan Cik Baizura yang sepatutnya masuk mengajar kelas berkenaan mata pelajaran Sejarah.

"Qa-ish, psst. Qa-ish!" Ainul Mardhiyah memanggil gadis yang sedang tekun membaca itu.

"Yes, bidadari syurgaku. Kau nak apa?" tanya Qaisara Hana sejurus kepalanya dipanggungkan memandang gadis itu.

"Haiss, tolong aku boleh tak?" mata Ainul Mardhiyah bersinar mengharapkan Qaisara Hana setuju menolongnya.

"Tolong apa?"

"Hehe, balik sekolah nanti temankan aku pergi satu tempat ni. Boleh tak?" sekali lagi dia mengerdip-ngerdipkan matanya.

"Eh, Inul. Kau tak payah nak buat muka comel tu. Penting sangat ke?" Qaisara Hana menutup buku Sejarah dan berpaling ke arah Ainul Mardhiyah.

"Eei, apa Inul, Inul ni? Tak kuasa mak. Hee,ada lah, kau temankan aje. "

 Qaisara Hana tergelak melihat reaksi rakannya itu. Dia berpura-pura berfikir sejenak membuatkan Ainul Mardhiyah mencubit lengan rakannya kegeraman.

"Ok, ok. Kau ni, kalau bab mencubit kalah ketam tau. Haa, ye lah. Aku setuju."

"Saa.." 

Tidak sempat Ainul Mardhiyah menghabiskan ayatnya, Encik Zamani, Guru Penolong Kanan HEM mereka menapak masuk ke kelas dalam keadaan tenang. Seisi kelas 4 Alpha bangun memberi salam kepada guru mereka.

"Baiklah, awak semua boleh duduk. Herm, hari ni cik Baizura tak dapat  masuk ke kelas kerana beliau ada sedikit masalah peribadi. Sebenarnya, saya ingin mengumumkan suatu pengumuman yang penting yang sepatutnya diumumkan oleh cikgu Baizura. 2 minggu dari sekarang kalian semua akan menduduki ujian bulanan 1,"

Sebaik sahaja cikgu Zamani mengumumkan berita mengenai ujian tersebut, terdengar suara-suara berbisik antara satu sama lain.

"Dan, perkara yang ingin saya tegaskan di sini, prestasi anda semua akan dinilai. Pelajar-pelajar yang berjaya melepasi tahap-tahap yang kami tetapkan, akan berpeluang masuk ke kelas khas pada sebelah petang. Untuk makluman para pelajar juga, kami akan melancarkan budaya mentor-mentee di mana pelajar-pelajar kelas khas ini akan kami polish habis-habisan untuk mendekati pelajar-pelajar yang lemah dalam sesuatu mata pelajaran. Ini kerana kami para guru percaya, rakan sebaya adalah medium terbaik untuk membantu meningkatkan kefahaman seseorang pelajar yang lain." ulas cikgu Zamani dengan panjang lebarnya.

"Cikgu, boleh saya bertanya sedikit?" tiba-tiba Qaisara Hana mengangkat tangan dan bertanya dengan sopan menyebabkan seisi kelas memandang ke arahnya.

"Ya,"

"Adakah bermakna kami akan berubah kelas?"

"Tidak, seperti mana yang saya beritahu tadi, kelas khas ini hanya berlangsung pada sebelah petang.Selain itu, sistem sekolah ini menetapkan untuk mewujudkan keseimbangan setiap kelas mempunyai setiap tahap berbeza iaitu tinggi, sederhana, rendah. Matlamat kami, apabila anda semua menjejaki tingkatan 5, hanya wujud 2 tahap sahaja iaitu tinggi dan sederhana. Faham kelas?"

"Faham cikgu,"

"Pihak sekolah tidak mahu anda semua jadi terlalu relaks setelah mendapat keputusan yang cemerlang pada PMR yang lepas malah kami berhasrat mahu meniup semangat kalian untuk terus belajar secara 'Study Smart' agar anda tidak terlalu tertekan. Tambahan lagi, kami akan mengiatkan pelbagai aktiviti inter-school dan aneka lagi aktiviti kokurikulum agar anda berasa seronok untuk terus belajar secara seimbang."

Cikgu Zamani tersenyum melihat reaksi gembira para pelajar setelah melihat reaksi positif pelajar-pelajar kelas 4 Alpha.

"Baiklah, ada apa-apa pertanyaan?"

"Tak ada cikgu,"

"Bagus, oh ya. pihak sekolah juga ada sediakan kotak cadangan di hadapan pejabat sekolah dan bangunan akademik. Kami mengalu-alukan cadangan-cadangan bernas dari anda untuk program kita seterusnya. Okay kelas, bangun semua,"

4 Alpha memberi salam dan kemudian duduk di tempat masing-masing. Kelas berkenaan menjadi gempar seketika apabila masing-masing membincangkan berita yang disampaikan oleh PK HEM mereka sebentar tadi.

"Qa-ish! Jangan lupa tau petang ni," sempat Ainul Mardhiyah mengingatkan Qaisara Hana sebelum kembali ke tempat duduknya.

No comments:

Trick or Treat

My Heart Tells This

Peeps

hak cipta CERITERA QAISARA HANA adalah hak milik myrara♥heart♀