QAISARA HANA,FLY!

Sunday, April 10, 2011

MKJC, Here We Are (Part 5)


"Qaisara Hana!"

Sejurus itu, Qaisara Hana tersentak dan bangun spontan.

"Astaghfirullahalazim. Kus semangat! Awak ni buat saya terkejut je tau,” Puan Azlina beristighfar panjang sambil mengurut dadanya dek kerana terlalu terkejut melihat Qaisara Hana bangun secara mendadak.

"Uh, cikgu Lin. Maafkan saya. Saya ada di mana ni cikgu?” tanya Qaisara Hana sambil memegang kepalanya.

"Awak berada di sick bay sekarang ni. Awak pengsan tadi. Hurm, sebab panas agaknya. Nah, minum air ni dan makan panadol ni sekali. Awak berehat dulu ya? Saya akan datang jenguk awak semula pukul 3 petang nanti."

"Baik cikgu," Qaisara Hana menganggukkan kepalanya selepas memakan ubat yang dihulurkan Puan Azlin kemudian kembali meletakkan kepalanya di atas bantal sejurus membuka hijab yang membaluti kepalanya.
Hisy, manalah si Akif ni. Aku rasa suhu dalam bilik ni dah tahap minima dah. Remote yang aku suruh ambil tadi tak sampai-sampai jugak. 

Puan Azlin merenung jam di tangan. Akif yang menghilang 15 minit lepas tidak kembali dengan remote control pengawal suhu pendingin hawa dalam bilik berkenaan.

Puan Azlin harus berlalu segera kerana terpaksa menghadiri sebuah mesyuarat penting di bilik mesyuarat. Sebelum berlalu, dia sempat melekatkan post-in notes di atas kaunter.

Akif Rayyan,
Cikgu terpaksa pergi dulu kerana ada mesyuarat penting untuk
cikgu attend.
Adjust suhu dalam bilik sakit 1.
DAN JANGAN BUKAK LAMPU!
Cikgu Lin

"Assalamualaikum, cikgu Lin? Saya dah bawak remote yang cikgu suruh ambil tadi," Akif Rayyan melangkah masuk ke dalam pintu utama bilik sakit tanpa menyedari ada sehelai kertas kuning dilekatkan untuknya di atas kaunter. 

Tupp! Dia menekan suis lampu bilik sakit 1 yang bergelapan. Pandangannya menjadi silau seketika. Namun, dia terpana. Dia terpaksa bernafas dengan lebih kerap bagi menampung kekurangan oksigen di paru-parunya. Hal ini kerana bukan Puan Azlin yang ditemuinya. Sebaliknya...

"Cikgu Lin?" Qaisara Hana bangun dari pembaringannya dan berjalan ke arah pintu dalam keadaan yang tidak sedar.

Akif Rayyan tersentak. Dia menarik nafas dalam-dalam di saat matanya memaku pada rambut panjang dan lurus berwarna hitam keperangan milik Qaisara Hana yang selama ini dilitupi tudungnya. Seketika kemudan, dia kembali tersedar. Terasa bersalah kerana telah melihat sesuatu yang bukan haknya.

"Alamak, apa aku nak buat ni?" Akif Rayyan kecemasan kerana Qaisara Hana sedang menapak ke arahnya.
Tiba-tiba, timbul satu idea gila dalam fikirannya.Akif Rayyan membuat memek suara Puan Azlin dan mendorong gadis itu kembali ke tempat tidurnya. Laju dia menutup semula suis lampu bilik tersebut dan keluar.

Sebaik menutup pintu barulah dia tersedar ada sehelai kertas kuning yang ditampal di atas kaunter.
"Ya Allah, macam mana lah aku boleh tak perasan cikgu letak nota kat sini. Adoyai," Akif Rayyan mengetuk kepalanya sendiri dan kemudian menyempurnakan tugas yang diserahkan kepadanya sebelum meninggalkan bilik itu.

No comments:

Trick or Treat

My Heart Tells This

Peeps

hak cipta CERITERA QAISARA HANA adalah hak milik myrara♥heart♀