QAISARA HANA,FLY!

Sunday, April 10, 2011

MKJC, Here We Are (Part 4)


"Qa-ish, betul ke kau nak join handball team ni?" Arissa sahabat baik Qaisara Hana bertanya buat sekian kali.

"Rish, aku ok je dowh. Kau jangan risau la, Aku dah sihat by the way," Qaisara Hana tersenyum dan lincah menyarungkan bib berwarna jingga bernombor 17 ke tubuhnya lalu berlari ke tengah padang.

"Wall, wall! Come on, protect gol kita!" Memetir suaranya mengarahkan anak buahnya membuat 'dinding' mempertahankan gawang gol mereka dari dibolosi pihak lawan.

"Argh! tak masuk lagi!" Tatiana, kaptain mapsukan lawan merengus kegeraman kerana gagal menyempurnakan cubaan membolosi gawang gol pasukan pimpinan Qaisara Hana. Dia memandang badi Qaisara Hana yang kelihatan bijak mengatur strategi menyerang dan  mempertahankan yang menyukarkan anak buahnya menyumbat gol.

Dalam beberapa saat, Qaisara Hana menyambut bola yang dibaling Anamira , berlari tangkas dan menyempurnakan 'flying flight' , salah satu taktik menyumbat gol yang menggerunkan penjaga gol. Taktik ini memang sukar untuk dilakukan dan sukar juga diduga bila Qaisara Hana akan melakukannya. Dia melayangkan dirinya sambil membaling bola baling tersebut ke sayap kanan yang tidak diawasi penjaga gol tersebut. Dan, gollll!

PRITTTT!! Time's out!

Akhirnya pasukan Qaisara Hana berjaya membelasah pasukan Tatiana, 4-0.

Sebaik sahaja perlawanan tamat, Qaisara Hana berehat di hujung padang. Tiba-tiba, dia berasa kepalanya berasa sakit yang teramat sangat. Darah meleleh tanpa henti dari kepalanya menyebabkan dia berpinar-pinar sebaik sahaja terbau darah. Sesuatu yang sangat laju menghentam kepalanya dan serentak kepalanya terhentak tembok yang disandarnya.

"Qa-ish! Are you okay?"

"Korang, panggil St.John cepat! Siapa punye kerja sepak bola kt Qa-ish ni? Aku tau ni mesti ada orang sengaja buat."

Dan suara itu yang terakhir di dengarnya sebelum semuanya gelap.

No comments:

Trick or Treat

My Heart Tells This

Peeps

hak cipta CERITERA QAISARA HANA adalah hak milik myrara♥heart♀