QAISARA HANA,FLY!

Sunday, April 10, 2011

MKJC, Here We Are (Part 6)


"Qif, kau perasan tak?"

"Perasan ape?" Akif Rayyan bertanya bena tak bena ketika sedang meniarap di atas bumbung asrama sambil bermain dengan PSP miliknya.

"Pejam celik, pejam celik dah sebulan dah kita ada kat sini, " ujar Akid Zafran.

"A'ah ek? Belajar pun dah mula. Setakat ni, kau ok ke?"

"Aku ok je. Tapi kan..."komentar Akid Zafran terhenti.

"Tapi kan apa? " tanya Akif Rayyan selepas menyedari sepupunya tidak meneruskan kata-katanya setelah sesaat dua.

"Ada satu perkara yang wujud kat sini yang buat aku rasa happy je," dan dia tersenyum kepada bintang dan bulan yang bergemerlapan indah di dada langit.

"Apa?" Akif Rayyan semakin berminat dengan bicara Akid Zafran.

"Qaisara Hana," tenang Akid Zafran menuturkan sepatah nama itu.

Jantung Akif Rayyan seakan berhenti berdegup buat beberapa saat. Sesungguhnya, dia tidak dapat mengawal debaran itu dan sukar mengetahui apa puncanya dia jadi sedemikian. Dia mula meletakkan PSP yang dipegangnya dan menyertai Akid Zafran menikmati keindahan bintang dan bulan.

"Heyy, heyy. Kau suka kat dia ke? Hari tu masa aku tanya pasal dia kau buat endah tak endah je?"

"Haha,takkan aku nak jerit pulak yang aku suka kat dia. Jerit dalam hati sudah lah.Haha. Eh, kau nak tau tak macam mana aku boleh syok kat dia?"

"Hurm... Cerita je lah. Aku dengar ni," balas Akif Rayyan, berpura-pura tidak berminat walhal jika ini cerita kartun sudah tentu telinganya dibesarkan seperti gajah.

"Masa kat sekolah lama dulu, she is the laughing stock to our classmates. Maybe dia look like a plain Jane. Nothing special. Lagipun dia tak de lah putih sangat. Typical Malay girl. Ramai sangat orang dengki kat dia ni. Mungkin sebab dia ni jadi kesayangan cikgu. Senanglah hidup dia, plus dia adik kepada sorang cikgu kat sekolah kitorang ni,"

"Aku rasa, aku dah mula start suka dia since masa tu ada hand ball match kat padang sekolah pihak lawan. Aku saja je join nak tengok-tengok sekolah orang. Dalam match tu Qaisara Hana is one of the player and the captain too. Bukan sebab dia main terer nak mams ke apa yang buatkan aku suka kat dia tapi..." Akid Zafran berhenti sejenak untuk menghela nafasnya.

"Tapi apa?"

"Hari tu aku tersedar yang aku rasa empati pada dia, aku nak lindungi dia lebih dari orang lain. Aku nak dia rasa selamat dan bukan lagi jadi antara orang yang suka menekan dia. Guess what? Hari tu, team hand ball sekolah aku menang. Captain team dari sekolah perempuan tu badi gila kat Qa-ish. Masa perlawanan dia suka berkasar dengan Qa-ish. Kau tau tak? Masa Qa-ish tengah berehat after match, ada sorang budak laki ni pegi sepak bola and straight kne kat kepala Qa-ish and langsung terhentak kat tembok tempat dia bersandar,"

"Ouch, pergh. sakit gila tu!"

"Tau takpe. Dia pengsan on the spot. Semua tu berlaku depan mata aku beb. Dan kebetulan tak de orang lain nampak. Aku suruh member aku kejar mamat tu after aku cerita apa yang aku nampak then aku pulak kejarkan Qa-ish ke hospital,"

"Kau? Macam mana kau bawak dia g hospital? Kau dukung dia ke apa?" berkerut-kerut muka Akif Rayyan mendengar cerita Akid Zafran.

"Gila kau, masa tu dia memang tengah ala-ala chubby weyh. Serius, aku tak mampu nak dukung, tapi aku bawak dia piggy back style. Aku tahan teksi pergi hospital. Spontaneously, aku jadi very concern gila pasal dia.Aku lupa dah pasal everything bila aku tengok dia terlantar kat atas katil wad. Aku rasa sense of responsiblility tu sebab aku jadi witness kat apa yang jadi kat dia.And the rest is history,"

"Apa jadi kat Qa-ish dan apa pulak jadi kat kau? Siapa punya kerja dengki kat pompuan tu?"

"Haishh, nak cerita jugak ke? Tak macho lah cerita pasal benda-benda macam ni. Kau ni dah melalut dah. Aku nak bagitau je macam mana aku suka kat dia, takkan aku nak cerita semua. Dah tak sensasi ar nanti," Akid Zafran menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

"Ah, kau tak nak cerita sudah lah. Tapi takpe, nanti aku tau jugak," Akif Rayyan mengangkat keningnya sambil tersenyum penuh makna.

No comments:

Trick or Treat

My Heart Tells This

Peeps

hak cipta CERITERA QAISARA HANA adalah hak milik myrara♥heart♀