QAISARA HANA,FLY!

Sunday, April 10, 2011

MKJC, Here We Are (Part 3)


Seminggu di MKJC merupakan satu pengalaman baru bagi Akif Rayyan. Siapa sangka akan menjejakkan kaki ke kolej ini sebagai pelajar pioneer. Ah, perfect! Sekolah ni memang rock!

Akif Rayyan melayan lamunan ketika sedang berjalan di tepi dewan sekolah. uh, panasnya hari ni. Boleh pulak ada taklimat terakhir minggu orientasi hari ni. Hisy cikgu ni, tak de hari lain ke.
"Ouch!!"

Tiba-tiba Akif Rayyan terdengar suara seseorang mengaduh beberapa meter di depannya. Segera dia mendekati suara itu. Seram-sejuk juga tubuhnya kerana memikirkan bukan manusia yang bakal ditemuinya. Sheesh, Akif Rayyan, don't tell me you are that chicken in the middle of the noon.
"Err, awak, awak ok ke?" perlahan-lahan dia menapak ke sekejur tubuh yang sedang tertunduk menekur simen membelakanginya.
"ok,ok. Saya ok. Cuma panas ni. Pening kepala sikit je dan uh? Darah!" laju Qaisara Hana menjawab pertanyaan seseorang dibelakangnya tanpa menoleh. Sumpah, bukan dia tak nak menoleh, namun tumpuannya lebih kepada setitik demi setitik darah yang keluar dari hidungnya.

Qaisara Hana bangun spontan. Dia meneruskan langkah biarpun sudah kehilangan rentak kerana pandangannya semakin berbalam-balam.

Masalah! Boleh pulak menitis darah kat sini. Dahlah aku fobia dengan darah. Ma...tolong Qa-ish!
"Awak! " Akif Rayyan menerpa laju bila melihat tubuh Qaisara Hana tumbang. Dia tak dapat memikirkan apa akan jadi kalau gadis itu terjatuh ke dalam longkang bersebelahannya.

Dumm! Dan gelap.

No comments:

Trick or Treat

My Heart Tells This

Peeps

hak cipta CERITERA QAISARA HANA adalah hak milik myrara♥heart♀