QAISARA HANA,FLY!

Sunday, April 10, 2011

MKJC, Here We Are (Part 1)


"Qaisara Hana,"

"Yes ma?"

"Betul Qa-ish nak ma balik dulu ni?"soal Puan Illya memandang anak gadis tunggalnya yang sedang lincah membetulkan cadarnya sebelum memandang ke sekeliling dorm yang didiami anaknya itu.

Baguslah dorm ni single bed je, bukan double decker. Tak de la susah-susah Qa-ish nak panjat katil. Puan Illya bermonolog sendirian.

"Betul ma, Qa-ish tarapapala. hehe, Qa-ish kan iron lady ma," ujar Qaisara Hana sambil berpura-pura menunjukkan lengannya.

"urm, ye lah anak ma ni. Qa-ish dah habis kemas belum? Papa dengan abang Aizat dah tunggu kat bawah tu,"

"Righto ma!" Qaisara Hana mencapai tudungnya dan melangkah keluar dari dorm Maisara yang masih kosong. Dilihatnya ramai bakal rakan sekolahnya yang sedang bersedih akan berpisah dengan ahli keluarga mereka.

Aduss, dorang ni dah buat scene Akasia pulak kat sini. Tahan Qa-ish, kau kena kuat!

Setibanya di tempat letak kereta...

"Qa-ish, pa, ma dengan abang Aizat gerak dulu lah ye. qa-ish tak de apape kan?"

"Ala pa, blk dorm ni gerenti meleleh air mata tu. Tengok lah," Aizat Ashraf di sebelah En Zarif mengusik adiknya. Nampak je keras adik aku ni. Dalam hati tu Tuhan je tau.

"Eh along ni! Banyaklah, adik bukan minah leleh tau! Iron lady tak caya tanya ma. kan ma?" refleks tangannyamenumbuk lengan alongnye. Aizat Ashraf berpura-pura membuat memek muka kesakitan manakala Qaisara Hana berpura-pura tangannya kesakitan semasa menumbuk alongnya.

"Sudah, sudah. Hai, asyik ber'antem'aje anak ma berdua ni." Puan Illya meleraikan gurau senda dua beradik itu.

"Yes ma'am!" serentak kedua-dua saudara itu mengangkat tabik spring di dahi membuatkan ketawa tercetus di tengah-tengah keluarga bahagia itu.

Sejurus itu, di dorm Salahudin Al-Ayubi ,

"Weh Akid! Kau kenal tak budak tu?" hujung jarinya ditalakan ke arah porch kereta pelawat yang didiami kereta Proton Inspira hitam itu.

"Qaisara Hana? uh, should i say Qa-ish?" sekilas dia menoleh ke arah orang yang dimaksudkan dan kemudian kembali menatap mp4 nya.

"Ek? Kau kenal??" dan jawapan sepupunya itu menyebabkan dia menoleh 180 darjah ke arahnya.

"Budak sekolah lama aku lah. Aku pun baru tau tadi dia masuk sini. why? Interested?" balas Akid Zafran.

"Hah ha. Hello~ Come on weh. I'm the best player from SDJ and EC okay?" Akif Rayyan ketawa dengan gelak yang dibuat-buat. Qaisara Hana huh? uh, she really caught my eyes!

No comments:

Trick or Treat

My Heart Tells This

Peeps

hak cipta CERITERA QAISARA HANA adalah hak milik myrara♥heart♀